Saya rasa mungkin ramai di kalangan anak Kuala Kedah yang tidak tahu bahawa di Kuala Kedah pada era tahun 60-an dahulu telah wujud satu kumpulan gitar rancak atau ringkasnya KUGIRAN. Kumpulan tersebut yang terdiri daripada sekumpulan anak muda telah bersetuju memilih 'Les Cloden' sebagai nama kumpulan mereka.
Kumpulan Les Cloden lahir seiring dengan kebangkitan pop yeh yeh di Tahun 60an. Kumpulan ini khabarnya pernah mencuba bakat mereka di pertandingan Juara Kugiran yang populer di TV pada waktu itu namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila terkandas di peringkat saringan akhir.
Antara mereka yang saya masih ingat menganggotai kumpulan ini ialah Idrus Said (seorang kakitangan telekom dan adik kepada Pak Razak gunting rambut) sebagai pemain gitar utama, Cikgu Osman Bashah , manakala penyanyi terdiri daripada Mohd.Noor Md.Zain (adik Cikgu Mud), Cik Puteh Hassan (anak Mak Leha Pak Hassan) dan Norma Pak Leh Tok Onn.
Saya masih ingat sewaktu berusia lapan atau sembilan tahun saya kerap berdiri dekat dengan beranda rumah Pak Said Engineer khusus untuk melihat dari dekat anggota kumpulan Les Cloden berlatih menyanyi.

Kumpulan Les Cloden sering menerima undangan di majlis kenduri kahwin di sekitar Kuala Kedah dan kawasan berdekatan pada masa tersebut. Biasanya orang yang paling sebok di atas pentas sebelum Les Cloden memulakan persembahannya ialah Pak Hussein Arab. Pak Husssein diberi tanggungjawab sebagai stage manager bagi memastikan balai kenduri yang dijadikan pentas tidak dicerobohi atau diganggu oleh kanak-kanak yang menunggu ramai di bawah.
Menurut satu sumber, sebelum muncul Les Cloden telah wujud satu kumpulan muzik tidak bernama yang dianggotai oleh para guru sekolah Seberang Nyonya dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah. Kumpulan yang menjadikan muzik sebagai hobi mengisi masa lapang memilih rumah guru yang terletak di sebelah kantin lama Seberang Nyonya sebagai tempat latihan mereka. Rumah guru tersebut pada pertengahan tahun 60an dihuni oleh Cikgu Zainudin Meera yang masih bujang ketika itu.

5 comments:
Lama tak pi makan laksa Telok Kechai..
Laksa Telok Kechai...Din Laksa, Don Laksa dan Ya Laksa...pulut sambai kat situ pun sedap...
assalamualaikum saudara Azmi...Sebenarnya saya ni generasi awal 70an dari Kg Baru. Bila cerita cerita nostalgia macam ni saudara olah saya pun teruja juga. Seronok ingat masa kecik2. Saya dulu sekolah dalam kota. Ingat lagi kg baru, sbg kota depa panggil pulau kelam.hehehehe. Saya masih ingat pasar malam kat jbt laut. Penah kalau tak silap saya orkes el suraya mai buat persembahan di padang bola depan pejabat PN. La da naik rumah kedai habis.
Terima kasih Shamsul...Saya cuma cerita pengalaman saya masa kecik serta kisah silam yang disampaikan kepada saya untuk tatapan generasi Kuala Kedah sekarang...
salam. buat semua anak-anak kola kedah, saya generasi 80 an yang tinggal di Kg Huma (dkt kg telok talipon).. saya anak pak lah dan cucu kepada tok saad lengkaq, (mungkin ada yang mengenali nama-nama ini)tauke bot yang mahsyur sehinggalah meninggal pada sekitar tahun hujung 70 an..